Monday, September 7, 2009

berbuka bersama cik puan pengetua [part 1]

DATE : 1st SEPTEMBER 2009 bersamaan 11 RAMADHAN 143O hijrah VENUE : NANDO'S jusco bukit raja, klang PARTICIPANTS : cik puan pengetua, yann, zara n fatea JAM menunjukkan hampir ke 5.30 ptg..sudah hampir tiba waktu untuk balik..Irwan, mmbe opis aku da siap2 sorokkan kunci motor aku, tak kasi aku balik awal..tak guna!! "dating je keje ko..!!" itu yang selalu dia cakap..aku cuma ia kan je..malas nk layan! walaupun sekarang ni bulan ramadan, aktiviti kitorang seperti bertegang urat leher dan dengki mendengki tetap berjalan seperti biasa..memang tak kasi can langsung!! bile aku wat muka seposen n ugut nak calarkan motor baru dia, baru dia kasi balik kunci motor aku..yay!! aku menang lagi! first destination, kena amik zara kat opis dia..dengan jalan jammed, sabar je la..sampai di jusco, yann da sedia menanti kt nando's..dia yg paling semangat tuh! tak banyak aktiviti yang kitorang buat before buka puasa, sekadar sembang kosong..after makan, kami round satu jusco..!! mood : sgt seronok n enjoy!!
langsung tidak menghiraukan mereka yang sedang asyik bersembang kosong..[tukang sapu di belakang adalah hencik epull]
cara ratu makan..sgt sopan santun!
tinggal tulang..kalau mak mertua tgk mesti suka..tak membazir!
muka ceria selepas berbuka..
itu sahaja yang aku dapat berikan utk entry pada kali ini..untuk fatea, yann n zara, sori bangat deh coz pic korang memang sgt kureng dlm entry kali nih! [sbb amik gune camera hp aku, so pic aku la yg banyak..sila salahkan yann atau zara sebab tak bawak camera] sekian.. ghostwriter: jiwaBARU

Thursday, August 13, 2009

cerita pilu seorang CO-PILOT

Nama penuh : NORSAIFULLAH RAMADA BIN SYAHRUDDIN Nama tak penuh : E_PULL No. surat beranak : G 807687 Date diberanakkan : 11 MEI 198*, 10.32 A.M Tempat diberanakkan : GOMBAK, KUALA LUMPUR Umur sekarang : DUA PULUH SOMETHING Height sekarang : 179 cm Weight sekarang : 84 KG Position : PENGARAH PROJEK merangkap AJK AKTIVITI Keterangan : Aku sebagai project manager kalau melibatkan aktiviti cadangan aku expecially kalau melibatkan jejalan nie, idea aku kekadang jamban gak. Aku sedar kekadang tak kreatif(last minit jadi kreatif gak).selalu berkongsi idea ngan pengetua. Kira kekadang leh jadi assistant la… aku antara yang sentiasa perah otak n kongsi semua idea ngan yang lain.. aku slalu akan duduk sebelah Driver, biasa la … ala-ala co-pilot la (Pilot a.k.a ASH).. macam biasa, bila co-pilot, mestilah org pertama tidur bila start perjalanan. Walaupun selalu kene tegur sebab baru start program piknik@destination kitorang tak sampat 13minit dah tidur. Aku tetap tabah menghadapi semua dugaan (apa aku merepek nie?). aku diantara yang banyak kabel, termasuk Kabel TNB, tp Kabel-kabel nie boleh putus bebila masa. Jd, jgn bermain layang-layang dekat kabel ok… sentiasa buat yg terbaik dengan tiap kerja yg diberikan kepada aku walaupun aku tak suke dengan kerja yang diberikan. Satu-satunya ahli kitorang yang dah jumpe HIRO NAKAMURA dan PETER PETRELLI. YATTTAAA!!!!!!! Last words : Sentiasa berkawan dengan orang yang tiada apa-apa kepentingan daripada Orang berkepentingan, sebab kepentingan dier akan hilang bila-bila masa saja.. jadi selamat menjamu selera..(Giler ke mamat nie?)

Monday, July 27, 2009

zaza yang HEBAT lagi BERGAYA TERSENDIRI

Nama penuh : KHAIRUZALINA BINTI MUIN
Nama tak penuh : ZAZA @ jiwaBARU
No. surat beranak : H 099843
Date diberanakkan : 20hb DISEMBER 1986 jam 8.20AM
Tempat diberanakkan : KG. BUKIT KAPAR, KLANG
Umur sekarang : menghampiri 23 TAHUN
Height sekarang : 159cm
Weight sekarang : 59kg
Position : PENGETUA merangkap AJK LALULINTAS

Keterangan : AKU adalah pengetua, jadi aku adalah besh dari segala aspek fizikal, mental dan rohani. Aku adalah sgt garang tetapi langsung tidak ditakuti oleh semua orang [sedikit bengang di situ]. Rasanya semua orang menyenangi aku. Aku tiada sifat penyabar, bertolak ansur dan semua sifat positif [kebanyakannya]. Aku lebih selesa membawa imej sifat yang negative [erk?? Dush3!]. Aku minat membaca komik berbanding suratkhabar. Aku pernah berharap yang hitam adalah salah satu warna yang ada pada pelangi, pasti kelihatan rock pelangi itu. Sgt menggemari tomyam dan milo ais. 100plus juga! Aku perlu kelihatan fit, jd aku suka bersukan. Problem ialah aku selalu bz, jadi tiada masa bersukan. Jadi tolong jangan salahkan aku. Aku akan berada di tempat yg bagi aku ketenangan setenang air di kali. Aku perlu mengumpul wang yang banyak supaya senang untuk aku shopping. Sekian, harap maklum.

Last words : Aku ini sangat kasihan sebenarnya. Jadi, tolong jgn marahi aku~


kantoi time ponteng skolah!

selamat hari jadi FATEA!!

A few days before 19th july 2009..

My phone kept ringing till I’ve decided to pick it up.
Hallo?
“zaza, sabtu ni!” erk? Sabtu ni? ‘bout the dinner yg i’m used to make over u tu ke?
“weh, ko lupe ke? Bday fatea la!” dush3! Damn! Seriously mmg aku lupa langsung! So, what’s ur plan?
“ha, tu la nak tanya ko..” me? Of course la takde! Klu ade kan aku ngak bisa lupa tarikh keramat itu. Emm, why not kita same2 mikirin perkara apa yg bisa dilakukan? Lagian aku sedang opis hour dong!
“ok, ko pun pikir la nak buat pe..aku nk try tanya yan..papehal msg aku!” last words from zara before dia matikan line tepon. Gosh! Mau lakukan apa ya?

Pagi 19th july 2009..

My phone kept ringing. Again, it’s from zara. Last nite yan ada call, tapi dah tertido pulak. Dah janji nak call her back diz morning, tp belum ter call2 lagi.
Yup?
“ha, camne?” ketuk kepala banyak kali. Belum ketemu idea dong!
“..$%^^&^^%##...” discussion with zara yang ngak bisa didedahkan detail nya.
“ok, deal!” kata sepakat dicapai. Meeting adjourned! Hehe..

Masa untuk melaksanakan misi..

Hallo? Bisa ngomong sama angah? ---[mampus! Mangsa pula yg pick up the phone. Perlu tukar suara, bimbang dikesan]
“angah? Angah mana ye?” banyak soal pulak! Dah la I’ve forgot nama betul angah!
U punya angah la! Ni kawan angah.
“err, jap ye..” macam nak taknak je dia panggil angah.
“hallo..?”
Siapa ni? Angah ye?
“ni atikah..”
Ni angah kan? Kakak fatea kan? Ok, akak, jgn ckp kuat2. Ini kawan fatea…@#!$!^*& -----sekali lagi ngak bisa didedahkan detailnya. Actually we make the call juz to get her angah’s hp number, it’s easier to kow-team with her meh! After a few minutes, janji dimeterai. Call zara, call yan, let them know the progress of our plan..pasti GREAT bangat!

SHOW TIME!!
According to the earlier plan, angah will take fatea to jusco bukit tinggi, for a movie. But luckily they need to cancel their plan sebab kena kemas barang untuk pindah rumah. Yay! Some credit to angah for making our plan easier. So, we juz straight to her house la. Vromm..Vromm..3 hot girls in a mini cooper, looking GREAT bangat deh! People around keep looking at us!
muka bangga maintain cun giler!


Sampai kt rumah sementara fatea, angah dah sedia tunggu. “fatea kat rumah sana.” Ooo, ok..kami akan ke sana. Beraya dgn rumah baru la fatea n family tahun ni..”assalamualaikum..” serentak, penuh irama lagu serta melodi. Pasti yg di dalam rumah tertanya2 siapa 3 hot girls yang berdiri depan pintu pagar tuh. Anis (adek fatea) maybe sudah di informed oleh angah bout our plan. Some credit gak to anis for making our plan easier.
“alang, kawan alang..” anis mula mengatur kata. Siapa? Tapi anis tamau gtau siapa. Fatea menjenguk dari dalam. Kedengaran melodi “happy birthday to u” dinyanyikan dari luar umah. Fatea agak shocked, kedatangan kami mmg langsung ngak dijangka. Pasti dia sangat terharu!
Kami pinjam fatea from her mom n dad, bawak to jusco n celebrate her biggest day at kenny roger’s (but It was her treat! Ngee~ teruknya kami..) we juz get her a bday cake n our special gift. The most precious gift is the time. Kami habiskan masa bersama, gelak ketawa bersama, senda gurau bersama. Mmg terasa indah, rindu pd waktu yang penah kami lalui bersama suatu ketika dahulu. Itulah kenangan, dan itulah memori. Mmg asyik!
Girls and guys, di kesempatan ini juz wanna let u know, aku sayang kamu semua sangat2 banyak laut!!
And to fatea, again, HAPPY BIRTHDAY TO U!!

P/s: how fatea betul2 takleh trace it was me yang looking for angah dat morning? Kejam sungguh!

muka ceria selepas beberapa purnama nak bertemu


selamat ulangtahun sayang!!


sampai teleng kepala si fatea ni amik pose potong kek

because we are siSters!


ladieS day!

ghostwriter: jiwaBARU

Friday, July 10, 2009

ERROR! ERROR!

kawan2, aku baru update n upgrade blog ni..sepanjang perjalanan aku mengupdate n menguprade ia, bbrp error telah muncul..aku seperti kesuntukan masa untuk memperbetulkan keadaan seperti yg dulu, jadi minta kerjasama kawan2 untuk memperbetulkan ia dan menambah segala kekurangan yang ada..

itu saja..memang sori bangat deh!!!

ghostwriter:jiwaBARU

Tuesday, June 16, 2009

sile beri perhatian!!



yo! ketemu lagi..
kali ni aku nak wat announcement yang
adeq kesayangan semua orang
dah pandai berblogging skang..

nak tau apa yang dia sebuk blog kan tuh?
jom ramai2 melawat blog die di

http://thecolourfulloflife.blogspot.com


ghostwriter: jiwaBARU

Tuesday, May 12, 2009

Menjelajah ke Gunung Jerai

Menjelajah ke gunung jerai
Artis: zaza, e-pull, k-rules
Tarikh: 1-mei-2009
Masa: jam 2- jam 11 mlm

Bermulanya sebuah kisah, pada pukul 9 pagi aku dah bangun untuk siap ke pendang, umah mak angkat e-pull. Tapi emandangkan e-pull pon tak bangun agi, aku gi kejutkan dia n aku pon gi ar basuh motor aku sbb dia plan mcm jadi tak jadi jer… hmm aku gi basuh moto aku dengan duan, dak junior aku kat kolej ni.. kitorang borak-borak sambil basuh motor.. lama gak sbb aku tolong dia basuh kete dia yang dah sebulan tak basuh. Pastu e-pull dari blok sibuk terjerit-jerit Tanya bile nak gerak, jadi ke tak?? Hmm aku kate aku ikut die je… hmm aku terus naik biarkan duan sorang-sorang basuh kete dia.. hmm aku gi la bersiap nak gi umah mak angkat e-pull nih, tapi bile aku gi bilik e-pull dia plak tak siap ngah edit benda ntah..nirap je aku…nasib baik aku sabar je.kalau tak mesti aku kata “arghh malas ar nak gi, ko gi sendiri”. Hmm dah ar kat pendang tuh ader rahsia aku sendiri. E-pull je tau.

So, dah siap aku own gi la gerak moto gi bank n gi service moto. Ye ar nak jalan jauh kan??? Hmm dah tu kitorang ngah tunggu zaza tok gerak skali.. then jam dah menunjukkan kul 1.30 ptg dah ar jumaat, takkan x nak gi semayang tul tak??? Pe lagi kitorang terus gerak.. hah ni nak bagitau jam aku cepat ½ jam la..so jam masa tu kul 1.00 la.. hmm kitorang gerak gi alor star sbb aku nak benti kat masjid al-bukhary nak semayang kat sana.. best gak..besar n cantek gilerr.. zaza plak gi isi moto kitorang kat petronas..

Hmm pas semayang kitorang gerak ar gi pendang..sampai je kitorang terus makan kat umah e-pull. Banyak giler makanan kat umah mak angkat dia nih.. kitorang dh agak dah yang umAH dia memang banyak makanan. Sbb syurga makanan masa kitorang gi program kat sana. Pas mkn kitorang lepak2 jap n pastu kitorang gerak..hmm sebelum balik mak dia bungkuskan kitorang nasik ngan lauk utk bekalan.. kitorang pon gerak la..hmm pe lagi gi gunung jerai la..ala tak jauh pon..hmm aku teruja gak nak gi sana..best je tgk tempat tuh.. hmm gi sana kitorang cam biasa la terus capture pic kat pintu gerbang gunung jerai tuh.. lawa wei.. Nak naik puncak kitorang naik moto la.. naik punya naik ngan santai2 tak pakai helmet, tetiba plak de dengar org sound “polis, polis, polis” pe lagi terus pakai helmet.. hmm yang bagusnya zaza tak bawak roadtax,, aku plak o.k je tak de masalah.. so kitorang bagitau polis tuh kitorang gi jalan2 sbb cuti.. hmm ckp plak kitorang dari uum, lagi la dia respect kat kitorang nih.. lepas la.. kitorang teruskan pendakian naik gunung jerai tuh… bapak!!! Tinggi giler moto aku kena pakai gear 1 nak naik.. aku takut rosak je moto.. tapi dah sevice kan?? Hmm nasib baik timing moto aku o.k.. memang tinggi..jalan plak can gi cameron highland sempit ngan bengkang bengkok.. pengalaman gi sana.. so kitorang dah sampai kat puncak terus gi cari port nak capture pic kenangan kat puncak..Best gak kat atas tuh.. ade chalet yang baru nak buat kat sana.. lawa..nampak laut, permandangan kedah. Ye ar asyik tgk k.l je.. hmm ader strawberi kat situ.. baru aku tahu ader strawberi tapi rasa cam tak sesedap kat Cameron kot..huhuhu..so masa kitorang turun tu tak yah nak start motor ar.. gerak sendiri sbb curam..hmm tetiba plak nampak kete berasap la..kitorang benti nak bagi pertolongan walaupun tak reti pasal kete nih.. hmm pastu kitorang turun la nak balik.. balik plak singgah umah kak an tgk oiam akhir.. nk tahu sapa menang?? Jawapan dia tomok la.. huhuhu aku dah siap donload tomoknye performance lagi.. huhuhu so dah abis rancangan tuh kitorang balik uum terus.. k, ar wei,, nanti aku citer lagi..
ghostwriter: azfriq

Wednesday, April 29, 2009

explorasi bajet..


Yo! Pejam celik pejam celik,1st quarter year 2009 dah pun berlalu..Padahal rasenye baru semalam lompat sakan sambut nu year..MEANS?? Lagi mau tanya..Korang tak sedar lagi ke? Masa sgt pantas berlalu!! So u guys di luar sane, STOP DAYDREAMING n TAKE ACTION!! Life’s too short..mesti byk mende yg korang dah plan baek punye..Tanpa korang sedar, MASA yg pendek itu tidak akan pernah membenarkan SEGALANYA!!


Aiyak!! Termembebel lak! Tidak berniat sebenarnya, tapi dah alang2 sudah ADA peluang, harus dimanfaatkan dgn sebaiknya..Iyo la, peluang datang sekali je kot! Takkan pernah bermimpi untuk ada peluang kedua..Sudah lupa dgn ritual masa di atas?? Aku kembali mengingatkan,

LIFE’S TOOOOOOOOO SHORT!! [dan tidak akan pernah membenarkan segalanya!]


Itu mukaddimah, tentang masa..masih berdaydreaming?? Nak aku kuatkan hujah aku dgn surah al-asr pulak ke?? “demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada di dalam kerugian..” Cukup..bukan ahli yang layak untuk menghujahkan segalanya..Cuma mengingatkan diri sendiri agar tidak melayang terlalu tinggi juga..Yang penting, kasi makan dalam skit2 sudey~


Oh ya! Sekarang baru masuk ke isi penting..[selepas pendahuluan yang agak panjang ke bawah dan lebar ke sisi] Mau berkongsi sedikit masa yg telah dihabiskan dan dimanfaatkan sepenuhnya bersama korang..Explorasi ini diadakan dengan tujuan untuk menghargai setiap detik dan ketika yang telah terlepas..


Tarikh: 15hb Mac 2009 ~ahad~

Gang explorasi: zaza, yann, zara, cik manis, zulfikar, k-dyll n akiem


Berkonsepkan alam semulajadi, seawal 7 pagi, aku dan askar2ku telah mengorak langkah keluar dari rumah menuju ke destinasi..9.50 pagi [lbey kurang] kami tiba di stesen keretapi Kuala Lumpur..di sana, yann, zara dan cik manis telah sejam menanti..[memberitahu tanpa rasa bersalah kerana lambat]


diorang yang sedang menunggu


kitorang yang sedang ditunggu


..tapi itu semua tidak mengubah mood kami untuk meneruskan explorasi bajet ini.


awal pagi lagi..mud masih sesuci embun pagi



Perjalanan dimulakan dgn bismilah….amin! [maen2 ek!]


First station: taman rama2~

Description: agak buhsan, tiket agak mahal..sesuai utk percutian seisi keluarga sendiri + keluarga mentua [dush!], xde la besar sgt tempat die, part paling best bile dpt tgk katak yg bertanduk [apa? Ingat setan + lembu je key g bertanduk?? ~analogi yg langsung tak padan]


butterfly, terbanglah tinggi setinggi anganku untuk menggapaimu..eh, termenyanyi pulak!! yeww~


Second station: taman burung

Description: tiket mmg mahal! [seb bek puas hati], sesuai utk pelbagai lapisan masyarakat + umur, besar tak besar sgt la [agak sakit kaki + pinggang gak klu tawaf satu taman tu], yg penting kne bawak air + pakai sports shoes!!


semua pun nak tunjuk eksyen bagi makan kt burung..sekali burung tu patuk, habes semua bertempiaran lari!!


actually nk amik pic merak ni tengah kembangkan ekor die..SANGAT CHANTEK!! tp tak sempat snap plak..huhu~


cube mengingati kesah suatu ketika dahulu..


Next station: planetarium negara

Description: under construction, we didn’t get much info there [rather than rombongan time skolah dolu2], but still quiet interesting!


hampir 100km menapak baru dapat sampai sini


demi terlihat tangga2 menuju pintu masuk planetarium ni, sume rase nak pengsan!!! penat tu weh!! terkamjat jantung aku!!


Last station: muzium negara

Description: second time I got there! Tiket 2 hengget je~ dah nama pun muzium, of course la melambak artifak yg bersejarah dlm tu! [tp kalau nak cari gambar nenek moyang korang mmg takde la kat situ..huhu] nak tau lebey2, dtg sendiri! Huh!


beskal ni sebesar tapak tangan je hakikatnye..


muka puas hati~


Kesimpulan: penat + best giler + enjoy!!

Total bajet: rm35++ (less than RM45)

d’ memories: PRICELESS!!



kredit lbey sket untuk adeq2 aku cz tolong memeriahkan lagi explorasi ni..


hope after this ada lagi activity yg CAMBESH cmni lagi..

Keh, dat’s all!

ghostwriter: jiwaBARU

Monday, April 13, 2009

cuba mengingatkan diri sendiri [dan yang lain juga]


Andai kau ingin berteman
Janganlah kerana kelebihannya
Kerana mungkin dengan satu kelemahan
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman
Janganlah kerana kebaikannya
Kerana mungkin dengan satu keburukan
Kau akan membencinya....

Andai kau ingin berteman
Janganlah kerana ilmunya
Kerana apabila dia buntu
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau ingin berteman
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan
Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin berteman
Terimalah dia seadanya
Kerana dia seorang sahabat
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna
Dan tiada siapa yang sempurna....

p/s: sedang bermuhasabah diri..anda bile lagi?? renung2kan dan selamat beramal!

ghostwriter: jiwaBARU

Friday, April 10, 2009

marila kawan2..

marila kengkawan kita meriahkan blog neh..
terima kasih kat en helmi hanafi..kerana telah menubuhkan blog neh..
haha..ape pown..pada k!torang rajin2lah memeriahkan blog neh tuk kesejahteraan bersama..
hehe..wassalam..cheers!
ghostwriter: zeRa

we accept everyone~



welcome!

welcome!

welcome to our greatest & hottest blog!



for k!torang's band, u r most welcome to write and share ur own stori here..
feel bored? tension? happy? bad? juz post ur shout now here!!
let the others know how u feel!
it's really working!!



thanx to emiey for his greatest effort on creating this blog
it's kewl bro!

keh, got to go!


daa~


ghostwriter: jiwaBARU

LauNced nEw bLoG

...............weLcomE 2 nEw k!toRanG bLog!!!










wiLl be cOminG sOoN.................


ghostwriter: ae-miey